Monday, 30 December 2013

AKU DAN PERJUANGAN


















Aku seorang manusia, seorang wanita
Secantik-cantik perhiasan dunia yang dijadikan Allah
Yang bernaung di bawah rimbunan rahmat
Dan kasih sayang
Yang punya jiwa sebesar jiwa pejuang
Mujahidah menjadi impian, syahid menjadi idaman…

Aku seorang isteri
Kepada insan bergelar suami
Keredhaannya menjadi kerahmatan Ilahi
Dalam hati sentiasa terpahat
Kecekalan serta semangat
Sumayyah, Masyitah dan Aisyah
Walau menempuh duri rintangan
Walau maut menggamit datang
Namun cintaku pada Ilahi tak mungkin hilang
Walau tidak setulus Muti’ah
Atau setabah Aisyah dan Khadijah
Namun jauh di sudut hati
Janjiku untuk berbakti
Hanya papan dan bumi pemisah diri…

Aku jua seorang ibu
Pada putera dan puteriku
Pembentuk akhlak dan sahsiah
Di bahuku terpikulsegunung amanah
Di luar gelanggang rumahku
Aku pendidik anak bangsaku
Penuh jerih menimba ilmu
Mengharap redha dan bimbinganku
Pun begitu masih kucari ruang dan waktu
Untuk rumahtanggaku, untuk suamiku
Untuk anak-anakku…

Suami yang kuhormati,
Dalam dirimu ada sesuatu yang tak kumengerti
Adakalanya kau nyalakan obor semangatku
Kau pembimbing jalan perjuangan
Tapi adakalanya kau bagaikan tembok penghalang
penghadang antara aku dan perjuangan
Jua adakalanya bila kebuntuan mencari penyelesaian
Dalam mehnah dan ujian
Ingin saja kunoktahkan perjalanan
Mematikan diri dalam jemaah
Mematikan diri dalam harakah
Namun aku tak akan mengalah
Kerana aku punya prinsip jemaah
Akan kudidik diri menjadi tabah...

Wahai suamiku,
Bukan kupinta emas dan intan
Sutera mahal menyalut badan
Hanya yang amat kuimpikan
Secebis pengertian dan pengharapan
Mengertilah aku juga ingin menjadi mujahidah
Yang tabah lagi solehah
Yang hanya kutemui bersama jemaah
Dalam ikatan Ukhuwwah Islamiah
Hidup ini menjadi indah...

Tuhanku,
Insan kerdil ini amat mengharapkanmu
Menagih setitis embun rahmah
Segala yang susah menjadi mudah
Kerana aku sedar
Jalan ke syurga amatlah sukar…

Tuhan,
Bersama sendu dan tangisan
Itulah ujian penguji keimanan
Jangan Engkau gelincirkan diri ini
Setelah Engkau tunjukkan jalan
Istiqamahkan perjuangan
Teguhkan iman dan kesabaran
Mujahidah solehah menjadi idaman…


Friday, 27 September 2013

MENYEMAI SIFAT SABAR (Ya Allah, bersihkan hatiku)














Alangkah indah dan manisnya hidup ini apabila sifat sabar menjadi pakaian yang menghiasi dan melindungi diri setiap insan muslim dan muslimah. Lantas, fungsi sabar dalam kehidupan tidak hanya dalam mencantikkan akhlak tetapi turut menjadi benteng yang padu dan kukuh dalam melawan serangan syaitan dan hawa nafsu. Ironinya, membina dan membangun sifat sabar itu suatu tanggungjawab yang jauh lebih sukar untuk dilaksanakan walaupun mengucapkannya tidaklah sesukar mana.

Sesungguhnya sifat sabar mempunyai makna dan pengertian yang amat luas dan mendalam walaupun sering diambil mudah dan dipandang ringan oleh kebanyakan orang. Selalunya sifat sabar dikaitkan dengan emosi semata-mata, contohnya sabar ketika hendak marah, sabar ketika mendengar bunyi yang membingitkan, sabar ketika menerima khabar kematian saudara terdekat dan sebagainya. Namun hakikatnya sabar meliputi pelbagai aspek hidup muslim dan muslimah sehinggakan di dalam hadith ada mengatakan bahawa sabar itu separuh daripada iman.

Menerusi penulisan ini saya ingin menyentuh aspek sabar dalam menahan diri daripada melakukan maksiat mahupun perbuatan yang ditegah oleh agama. Menyemai sifat sabar itu susah, namun untuk mengekalkan kesabaran itu jauh lebih susah lebih-lebih lagi pada zaman kini yang penuh dengan cabaran modenisasi dan globalisasi.

Seperti yang diketahui umum, dalam diri manusia itu secara semulajadinya telah dianugerahkan dengan nafsu, akal dan hati. Nafsu secara umumnya sentiasa mendorong kita untuk melakukan perbuatan yang dilarang dan bertentangan dengan hukum dan syariat agama. Berbeza dengan nafsu, Allah telah memberikan kita akal yang sekiranya dalam keadaan yang waras, ia mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Manakala hati yang bersih pula dapat mengawal anggota badan daripada melakukan kejahatan.

Justeru sekiranya kita ingin menanam sifat sabar dalam diri maka ketiga-tiga elemen di atas perlu diberi perhatian yang serius. Dengan perkataan yang mudah, akal perlu bekerjasama dengan hati untuk melawan nafsu daripada bermaharajalela. Bagaimanakah caranya? Ya, kita perlu mendidik nafsu dengan bantuan akal yang waras dan hati yang bersih.

Bukankah Allah telah menganugerahkan kepada kita akal supaya kita berfikir? Dalam konteks ini, marilah kita sama-sama menggunakan anugerah Allah itu untuk memikirkan betapa banyak rahmat dan nikmat yang telah Allah berikan pada kita selama ini. Nikmat kehidupan ini, kekayaan, kesihatan, kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya, keharmonian rumahtangga dan 1001 nikmat yang tak terhitung banyaknya. Justeru, adakah kita sanggup mengabaikan segala nikmat tersebut dan meletakkan keinginan nafsu sebagai keutamaan?

Adakah wajar kita mensyukuri segala nikmat pemberiannya dengan cara melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang ditegah-Nya? Adakah kita sanggup membayar harga segala kenikmatan itu dengan melakukan kemungkaran kepada-Nya? Lupakah kita pada Dia Yang Maha Pemberi Nikmat? Tepuk dada tanyalah iman…  

Sementara itu hati turut memainkan peranan yang penting. Hati yang bersih dapat memandu kita ke arah kebenaran dan melakukan kebaikan sedangkan hati yang kotor pula sebaliknya. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memelihara hati agar sentiasa bersih dan terhindar daripada perkara-perkara yang dapat merosakkan kesuciannya.

Sifat sabar adalah salah satu sifat yang baik (mahmudah) justeru harus disemai dan ditanam dalam hati yang baik juga. Sekiranya kita cuba menyemainya dalam hati yang kotor, seumpama kita cuba menanam tanaman di tanah yang gersang dan kering-kontang. Tentu sukar bagi tanaman tersebut untuk hidup dan bercambah menjadi pohon yang besar dan kukuh.

Demikian jugalah keadaannya apabila sifat sabar cuba diterapkan dalam hati yang kotor. Mungkin sifat tersebut dapat ‘hidup’ tetapi tidak dapat bertahan lama dan akhirnya ‘mati’. Maksudnya sifat sabar itu tidak dapat berfungsi secara optimum dalam hati yang diselubungi noda dan dosa. Noda dan dosa yang menyelubungi hati bagai virus yang melemahkan kekuatan sifat sabar yang ingin diterapkan di dalamnya.

Justeru, marilah kita bersama-sama membersihkan hati kita dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menghayati maknanya, mendirikan solat malam (qiamullail), mengamalkan puasa sunat, melazimkan berzikir dan bersahabat dengan orang-orang soleh. Semoga hati kita sentiasa bersih dan terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah.

Wallahua'lam.

Nukilan: Zarina Sitiris
23 Mac 2013
Banting, Selangor



    





Sunday, 22 September 2013

GURINDAM ALAM











Antara siang dan malam
Ada sesal menyimpan dendam
Pada hati tersimpang hasrat
Pada budi memandang darjat

Antara siang dan malam
Ada rindu jauh terpendam
Pada pinta belum sampai
Pada cita ingin digapai

Antara siang dan malam
Ada rintih berwajah suram
Pada perjalanan dibebani sengketa
Pada kehidupan dlingkari gelora

Antara siang dan malam
Ada kenangan ke masa silam
Pada duka lara yang ditinggalkan
Pada bahagia sentosa yang diimpikan

Antara siang dan malam
Ada ikhtibar gurindam alam
Pada terik mentari menduga ketabahan
Pada lirik bulan membunga ketaqwaan...

~Susilawati K.Z
  Jabatan Penulisan
  Universiti Malaya


Saturday, 14 September 2013

HATIKU MILIKMU












Ketika kita berjalan sambil menyusuri denai
Yang sering kita lewati dahulu
Pasti ada mega yang akan berarak mengiringi langkah kita bersama
Kita hanya perlu saling mendengar
Dan berusaha untuk saling memehami
Barulah lenyap segala kesengsaraan hidup yang dirasai
Di hadapan terbentang jalan penuh onak dan duri
Mampukah kita mengharunginya bersama
Atau mungkinkah engkau merasa
Kita takkan mampu menyelamatkan cinta ini
Kerana dunia yang tidak memihak pada kami

Namun ingatlah
Andai kita ikhlas dalam menghadapi segala cabaran
Pasti cinta kita akan utuh dan teguh
Aku bermati-matian cuba mencarimu tetapi gagal
Malah memutuskan tidak ingin bertemu lagi
Namun takdir juga yang menemukan kita kembali
Aku tak ingin dikalahkan oleh masa
Tapi engkaulah yang sebenarnya istimewa

Semasa aku merenungi matamu
Serasa tidak ingin bersama yang lain
Namun gusar dan bimbang
Kerana aku tak tahu
Cara terbaik untuk menzahirkan cintaku
Tapi aku dapat rasakan
Apabila aku bersamamu
Terasa cintamu menusuk terus ke dalam hatiku
Dan malam ini kau telah memiliki
Semua cinta yang ada di dalam hatiku
Kini, hatiku milikmu...


~Kalimah Cinta Penyair
  Hak Cipta Terpelihara

Saturday, 7 September 2013

SEDEGUP JANTUNG SAHAJA JARAKNYA













Biarpun nanti kau akan memilih warna hidupmu sendiri
dan waktu akan memisahkan
namun antara kita sedegup jantung sahaja jaraknya
doaku tetap terhimpun agar kapalmu tidak terapung
sekadar mengikut angin, gugusan hari-hari yang kaulalui
biar manis dan beerti.

Jika kau berada di simpang meminta pertimbangan
berjuang di antara keinginan untuk pulang
ke tanah lapang yang ditumbuhi lalang
atau mencari arah taman indah
di tepinya mengalir kali yang bening
seperti yang pernah kujejaki
yakinlah Yang Ghaib akan mengingatkan arah
kerana hanya Dia Yang Maha Tahu
bulan dan bintang pun sujud kepada-Nya
ombak di laut berulang menyeru nama-Nya
ketika resah menghujani-Mu, ingat Yang Satu
Dia yang mencipta sejuk dan Dia yang mencipta panas
Dia yang mencipta mimpi dan Dia yang mencipta realiti
padamu anak-anakku impianku melambung
kasih dan sayangku tiada berhujung.


~Siti Zaleha M. Hashim
  1997, KL 
  Sumber: Buku 'Camar Di Cangkir Bumi'
 

Thursday, 29 August 2013

OBOR SEMANGATKU (Sempena Hari Kemerdekaan ke-56)












Ya Allah,
Pasakkan dalam lubuk jiwaku
Semangat juang yang jitu
Yang takkan pudar walau ditelan waktu
Andai sahaja semangat itu
Mampu membakar segala sendu dan pilu
Nyalakanlah obor semangatku
Hingga ke titisan akhir darahku
Agar nanti mereka kan tahu
Tiada lagi semarak rindu yang palsu!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-56 dan Hari Malaysia ke-50...

~Kalimah Cinta Penyair
  29 Ogos 2013
  4.57 am
  Hak Cipta Terpelihara

Thursday, 22 August 2013

RINDU KEMERDEKAAN










Dari jauh kutitipkan
Ucapan hari jadi
Buat dirimu tanah airku
Yang membebaskan
Aku dari ikatan silam.

Dari jauh kukirimkan
Bahasa rindu kemerdekaan
Buat dirimu tanah airku
Dalam sampul angina
Semoga kau bahagia
Dan tenteram
Diiringi muzik harmoni
Dan semarak bunga api.


~Lim Kim Hui
  Ogos 2001
  Sumber : Kembara Fikir di Tanah Senja

Monday, 12 August 2013

SEDIKIT CATATAN TENTANG BEBAS DAN MERDEKA (Untuk Adik-Adik)











Suatu hari adik bertanya
apakah erti 'kebebasan'
lalu kubuka kamus
kubeberkan pengertian
bahawa 'bebas' itu
bilamana tak terhalang
tidak juga terkongkong
apalagi terkurung,
seseorang itu bebas
bilamana ia lepas
dan merdeka

lalu adik bertanya lagi
apa itu 'merdeka'
kubuka lagi kamus,
merdeka itu-
     bebas dari penjajahan
     atau kurungan
     atau naungan,

ia juga beerti
     lepas dan berdiri
     tidak mengharap yang lain

tapi adik semakin keliru
dan meminta contoh,
lalu kubacakan beberapa puisi
     tentang bebas dan merdeka

Adikku
'bebas' itu 'merdeka'
dan berdiri sendiri
tapi adik semakin keliru
adik tak mungkin faham
kerana ia
merdeka pada nama
bukan pada rasa...


~Zaiton Ajamain
  Kota Kinabalu, 1983
  Sumber: Buku 'Bagai Layang-layang'


Friday, 9 August 2013

KEPULANGAN...












Aku akan kembali
Kepada mereka yang kukasihi
Ingin kuhapuskan kisah duka
Perselisihan antara kita

Kampung halaman mengimbau rasa
Kepalang rinduku pada keluarga
Ayah tersayang ibu tercinta
Ku pohon ampun dan maaf di hari mulia...

Salam Aidilfitri 2013
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, 31 July 2013

PERKEBUNAN RAMADAN












Kalbu cinta ini bersimpuh sendu rindu
menyambut syukur daun-daun waktu perkebunan Ramadan
kehijauan musim mewangi bunga-bunga ibadah
di sebalik nikmat barakah tersembunyi kasturi terlimpah
di sebalik alur sabar tersembunyi makramat hikmah
semoga musim perkebunan ini tiada waktu
yang tercicir di perdu usia tersisa.


~Abd. Rahim Omar
  Sungai Petani
  20 Julai 2011

Wednesday, 24 July 2013

TUHAN...












Aku sengaja menulis nama-Mu Tuhan, di langit resah
dengan mata hatiku yang masih berwarna -
tetapi awan memadamnya
dan kutulis lagi nama-Mu di pantai harapan
tetapi ombak menolaknya hingga jauh ke tengah lautan
jadi aku memilih untuk menulis sahaja nama-Mu di pintu perasaan
biar tiada sesiapa lagi yang boleh melakarkan kesangsian.


~Hasan Baseri Budiman
  Villa TNB, Teluk Kemang
  14 Jan 2012

Saturday, 20 July 2013

MELARIK RINDU












Ya Rab,
Ilhamkan dalam gedung ingatanku alam syurga
yang resinya mengundang bayu igauan
yang boleh melarik rindu dalam hati.

Jika ia meruntun minda untuk memanjang tangan usaha
pastikan gagauan kewujudannya di tasik ilmu
mampu mengenal Pencipta-Nya yang satu.


~Jusoh Ahmad
  Darul Aman Utama, Kedah
  Dis 2011.

Tuesday, 9 July 2013

SALAM RAMADHAN 2013











Ramadhan datang lagi
Menjengah insan untuk ke sekian kali
Demi menguji keikhlasan insani
Mampukah menahan diri
Dari gejolak nafsu yang tak terkendali
Dari perkara lagha dan yang dibenci
Dari pedih perut minta diisi...

Sesungguhnya
Ramadhan ini
Membuka sebesar-besarnya
Pintu pengampunan Ilahi
Menyingkap seluas-luasnya
Jendela rahmat Rabbul Izzati
Buat hamba-Nya yang masih tercari-cari
Hakikat dan makna kewujudan manusiawi
Di sisi Allah Yang Maha Mengasihani...

Salam Ramadhan 2013...


~Kalimah Cinta Penyair
  9 Julai 2013
  Hakcipta Terpelihara

Thursday, 4 July 2013

CERITERA BANTAL













“Kau harus bersopan santun
Di daerah kemesraanku
Jika kaumahu kuhijrahkan dikau
Ke alam mimpi Kristal
Tertunai hasratmu yang tersungkur
Di wilayah realiti yang berkaca,”
kata bantal.

“Bagaimana harus ku berbudi bahasa
Saban malam mimpi-mimpi ngeri menari
Di ranjang fikirku paparan taufan
Cadar realitiku renyuk resah. Tanpa rela
Kautolak kepalaku daripada empukan ramahmu
Sehingga saban pagi leher mesraku
Tak bisa berpaling,” ujarku.


~Lim Kim Hui
  Watan Minggu, Feb 1997

Thursday, 27 June 2013

PUISI BUAT MAMA












Kali ini
Kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini hanya akan beerti
bila kita tiba-tiba merasa kehilangan
dan diperlukan


~Adi Badiozaman Tuah
  Nyanyian Wau, 1987

Tuesday, 18 June 2013

MASA LALU & KESEDIHAN











APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI...


  • Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
  • Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan.
  • Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar.
  • Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai.
  • Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. 
~Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni                                                                                                      

Thursday, 13 June 2013

KEMESRAAN YANG TAWAR












Aku hanya sesuatu
Tak kisahlah apa nama
Yang kauberikan

Aku hanya sesuatu
Tak kisahlah apa gelar
Yang kaukalungkan

Di sini
Sering kauhidangkan
Sayur kemesraan yang tawar
Lauk senyuman yang masin
Bersama sup academia yang pahit
Daging kelazatan kausimpan
Di peti keasinganmu

Tak kisahlah
Kerana aku hanya sesuatu
Bukan satu


~Lim Kim Hui
  Ogos 2001
  Kembara Fikir Di Tanah Senja

Saturday, 8 June 2013

BUKAN KERANA.....TAPI













Bukan kerana hari ini indah, kita bahagia
Tapi kerana kita bahagia, hari ini menjadi indah

Bukan kerana tidak ada rintangan kita menjadi optimis
Tapi kerana kita optimis, rintangan menjadi tak terasa

Bukan kerana mudah, kita merasa yakin
Tapi kerana kita merasa yakin, maka semuanya menjadi mudah

Bukan kerana semua baik, kita tersenyum
Tapi kerana kita tersenyum, maka semua menjadi baik

Tiada hari yang menyulitkan kecuali kita sendiri yang membuatnya sulit..


~Tarbiah Hidup

Monday, 3 June 2013

DOA KHATAM AL-QURAN











      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

  • Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepada hamba. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagi hamba.
  • Ya Allah, ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatinya. Ajarkan pada hamba, ayat yang hamba bodoh memahaminya. Kurniakan pada hamba kenikmatan membacanya sepanjang waktu, baik tengah malam atau tengah hari. Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujah, Ya Rabbal 'Alamin.
  • Ya Allah, kurniakan kebaikan bagi hamba dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagi hamba. Kurniakan kebaikan bagi hamba di dunia, yang merupakan tempat hamba menjalani hidup. Kurniakan kebaikan akhirat bagi hamba, yang merupakan tempat hamba kembali. Jadikan kehidupan hamba senantiasa lebih baik. Jadikan kematian sebagai kebebasan hamba dari segala keburukan.
  • Ya Allah, jadikan umur terbaik hamba di penghujungnya, jadikan amal terbaik hamba di penutupnya, jadikan hari-hari terbaik hamba saat bertemu dengan-Mu.
  • Ya Allah, hamba memohon kepada-Mu permintaan terbaik, doa terbaik, kejayaan terbaik, ilmu terbaik, amal terbaik, pahala terbaik, kehidupan terbaik dan kematian terbaik. Kuatkanlah hamba, beratkanlah timbangan kebajikan hamba, realisasikan keimanan hamba, tinggikan darjat hamba, terima solat hamba, ampuni dosa-dosa hamba dan hamba memohon syurga tertinggi.
  • Ya Allah, hamba memohon kurnia yang wajib Engkau berikan, ampunan yang harus Engkau kurniakan, keselamatan dari segala dosa, ghanimah dari segala kebaikan, dan kemenangan mendapat syurga, serta keselamatan dari api neraka.
  • Ya Allah, kurniakan kebaikan bagi hamba dalam segala urusan, berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat.
  • Ya Allah, anugerahkan untuk kami rasa takut kepada-Mu, yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepada-Mu, dan anugerahkanlah ketaatan kepada-Mu yang akan meyampaikan kami ke syurga-Mu, anugerahkan pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran, penglihatan, dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiayai kami, dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan musibah kami ada dalam urusan ibadah kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini adalah cita-cita kami terbesar dan puncak dari ilmu kami. Jangan Engkau jadikan berkuasa atas kami, orang-orang yang tidak mengasihi kami.
  • Ya Allah, jangan pernah Engkau tinggalkan dosa, melainkan Engkau ampuni. Tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar, tidak ada hutang kecuali Engkau tunaikan, dan tidak ada satu keperluan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi, wahai Tuhan semesta alam.
  • Ya Rabb kami, berikan kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, serta jagalah kami dari api neraka.
  • Semoga selawat dan salam senantiasa terlimpah curah kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, serta para sahabat terpilih.


          Amin...

         
         ~Al-Quranulkarim, Kitab Al-Quran dan Terjemahannya, Terbitan PT Syaamil Cipta Media (2005)

Tuesday, 28 May 2013

TERIMA KASIH, IBU











        Benar bagai dikata, kasih dan redha ibu membawa ke syurga. Kata-kata lain pula ada menyatakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Demikian ingin aku gambarkan betapa hebatnya peranan dan tanggungjawab seorang ibu terhadap 'masa depan' anaknya di akhirat kelak.      

        Bagiku, ibuku bukan sahaja sumber inspirasi, malah lambang wanita sejati dari dahulu hingga kini. Ibu pencetus keluarga bahagia dan sejahtera. Sejak kecil aku diajar erti cinta dan kasih sayang. Ibu mengasihiku tanpa syarat dan sentiasa memastikan agar aku memperolehi kasih sayang secukupnya.

        Aku ingat lagi, sewaktu semua orang menyalahkan aku, ibu segera melindungi dan memberi sokongan sepenuhnya padaku. Bukan bermaksud melindungi kesalahanku, tetapi memberi ruang agar aku menyedari dan menginsafi kekurangan diri. Bukan terus menjatuhkan hukuman, tetapi memberi peluang untukku memperbaiki kesalahan yang dilakukan. Sesungguhnya ibulah yang paling memahami gelora di hati ini.

        Apabila aku inginkan sesuatu, ibu pasti cuba merealisasikannya untukku. Bagi ibu, memenuhi kemahuanku, sama seperti memenuhi keperluannya sendiri. Apabila keinginanku gagal dipenuhi, ibu cuba mendidikku dengan mengatakan, “Adik, kebahagiaan bukan terletak pada memiliki semua yang kita inginkan, tetapi kerana kita tidak menginginkan apa yang tidak dapat kita miliki”. Dan itulah falsafah hidup yang kupegang hingga kini.

        Ibu, kehadiranmu dalam hidupku adalah suatu anugerah. Kepentingan dan perananmu tidak dapat lagi disanggah. Semoga hubungan akrab di antara kita menjadi kenangan hidup yang terindah. Aku ingin sekali kau tahu, ibu, aku amat berterima kasih padamu. Terima kasih, ibu…


~Kalimah Cinta Penyair
  April 2013
  Hakcipta Terpelihara


Tuesday, 21 May 2013

KNOWLEDGE IS ...











Knowledge is an apple tree
Wisdom is to pick her fruit

Knowledge is a gallant sword
Wisdom is to slay Taghut

Knowledge is a waterfall
Wisdom is to cleanse

Knowledge is a summer flower
Wisdom is her scent

Knowledge is to seek forgiveness
Wisdom is to repent

Knowledge is a shining star
Wisdom is her light

Knowledge is the freedom struggle
Wisdom is to fight

Knowledge is Divine Decree
Wisdom is to trust in fate

Knowledge is to raise our hands
Wisdom is to supplicate

Knowledge is a swelling plant
Wisdom is her seed

Knowledge is the book, Quran
Wisdom is to read

Knowledge is an ivory pearl
Wisdom is her charm

Knowledge is the certain Truth
Wisdom is Islam


~Ayesha Mahmood

Friday, 17 May 2013

IMAN











Berdekad kunanti cambahmu
di jalanan batas jiwa
namun
aku masih menjadi pengail
yang mengayuh kolek dendam
dengan pendayung khianat
ke lubuk durjana
memancing taulan dengan cacing berbisa
aku masih menjadi petani
yang menggali lubang fitnah
menanam pohon benci dalam diri
akhirnya berbuah kelat dengan cemburu
akukah yang bersalah
menyemai benih
di tanah gersang
dan menanti
tanpa menyedari
kekontangannya?


~Akma Mohamad
  "Erti Kedewasaan"

Saturday, 11 May 2013

SYAIR PERANTAUAN















Purnama berlalu musim berganti
Pantas berlari meninggalkan sepi
Anak perantau di negeri orang
Mencari ilmu buat bekalan
Tabahkan hati panjatkan doa
Semoga Allah sentiasa lindungi
Jangan lupa wasiat ibunda
Berakhlak mulia rendahkan diri
Rasa kecewa putus asa
Buangkan jauh dari dirimu
Sedarlah diri wahai perantau
Orang di sana sabar menunggu
Pulangnya dikau membawa pelita
Menyinar terang gelap yang ada
Ikhlaskan diri tanamkan azam
Semoga diri tidak kecundang
Tuntutlah ilmu penuh beradab
Hormatlah guru muliakan ilmu...

~ATK 1996

Tuesday, 30 April 2013

IS MAN CREATED FROM SPERM OR DUST?



Question:

At one place the Qur'an mentions that man is created from sperm and in another place it mentions that man is created from dust. Are these two verses not contradicting? How can you scientifically prove that man is created from dust?

Answer:

a.  Man created from sperm and dust

     The Qur'an refers to the lowly beginnings of a human being from a drop of sperm, in several verses
      including the following verse from Surah Al-Qiyamah:
     
      "Was he not a drop of sperm emitted (in lowly form)?" (Al-Qur'an 75:37)

       The Qur'an also mentions in several places that human beings were created from dust. The following
       verse makes a reference to the origin of human beings:

      "(Consider) that We created you out of dust." (Al-Qur'an 22:5)

      We now know that all the elements present in the human body (i.e the constituent elements of the human
      body), are all present in the earth in small or great quantities. This is the scientific explanation for the
      Qur'anic verse that says that man was created from dust.

      In certain verses, the Qur'an says that man was created from sperm, while in certain other verses it says
      that man was created from dust. However this is not a contradiction. Contradiction means statements,
      which are opposite or conflicting and both cannot be true simultaneously.

b.  Man created from water

     In certain places the Qur'an also says that man was created from water. For instance in Surah Al-Furqan
     it says:

     "It is He Who has created man from water." (Al-Qur'an 25:54)

      Science has proved all the three statements to be correct. Man has been created from sperm, dust as
      well as water.

c.  It is not a Contradiction but a Contradistinction

     Suppose I say that in order to make a cup of tea one needs water. One also needs tea leaves or tea
     powder. The two statements are not contradictory since both water and tea leaves are required in order
     to make a cup of tea. Furthermore if I want sweet tea I can even add sugar.

     Thus there is no contradiction in the Qur'an when it says that man is created from sperm, dust and water.
     It is not a contradiction but a contradistinction. Contradistinction means speaking about two different
     concepts on the same subject without conflict. For instance if I say that the man is always truthful and a
     habitual liar, it is a contradiction, but if I say that a man is always honest, kind and loving, then it is a
     contradistinction.

     WAllahua'lam.

     ~Dr. Zakir Abdul Karim Naik
       (20 Most Common Questions Asked By Non-Muslims (Who Have Some Knowledge Of Islam))

Friday, 26 April 2013

UKHUWWAH FILLAH...

















Di bumi ini kita ditemukan
Di satu arah, satu perjuangan
Satu akidah, satu pegangan
Atasnya terjalin ikatan...

Ukhuwwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan Ismullah kita berbaiah...

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi...

Demikian manisnya mahabbah murni
Ikatan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi...

Semaian kasih di bumi ini
Suburkan dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Al-Wahhab dipohoni...


~Shoutul Mujahidah
  KISAS


Friday, 19 April 2013

MENGENAL DIRI











Hatilah yang merasa bahagia
Hatilah yang menanggung derita
Kenalilah hatimu...

Apakah bahagia?
Apakah derita?
Bahagia bukan sekadar nama
Pangkat dan keturunan
Derita bukan terletak pada
Kesunyian, kesakitan, kemiskinan...

Di antara sejarah bumi dan langit
Boleh bersatu di bawah satu rasa...

Bahagia datang dari Allah
Rasa derita datang dari Allah
Carilah bahagia kerana Allah
Tanggungilah derita kerana Allah...

Hiasilah diri bersama sifat-sifat mahmudah
Ikhlas, jujur, tawadduk, amanah...

Mahmudah bagai bintang-bintang
Di gelap malam...

Alirkan cahaya keikhlasan
Suburkan kebenaran...

Itulah diri
Itulah rasa hati...


~Ahmad Harun
   Tanjung Malim
   (Tamadun, April 1996)


Tuesday, 9 April 2013

BIARLAH











Biarlah
Kujadikan pohon penderitaan
Sebagai penghias hidupku
Kerana ini akan mengajarku
Tentang ketabahan

Biarlah
Kau lari dari hidupku
Kerana larimu tidak bisa membutakan mataku
Mataku akan terus terbuka lebar
Mencari erti keikhlasan persahabatan

Biarlah
Kukaut butiran kerikil di jalanan gersang
Walaupun mampu melukakan
Kerana dengan kelukaan itu
Akan menjadikan aku lebih berwaspada
Di dalam pengembaraan ini


~Yusnita Mohd Yusof
   Sumber : Buku 'Erti Kedewasaan'