Aku hanya sesuatu
Tak kisahlah apa nama
Yang kauberikan
Aku hanya sesuatu
Tak kisahlah apa gelar
Yang kaukalungkan
Di sini
Sering kauhidangkan
Sayur kemesraan yang tawar
Lauk senyuman yang masin
Bersama sup academia yang pahit
Daging kelazatan kausimpan
Di peti keasinganmu
Tak kisahlah
Kerana aku hanya sesuatu
Bukan satu
~Lim Kim Hui
Ogos 2001
Kembara Fikir Di Tanah Senja
