Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Saturday, 11 May 2013
SYAIR PERANTAUAN
Purnama berlalu musim berganti
Pantas berlari meninggalkan sepi
Anak perantau di negeri orang
Mencari ilmu buat bekalan
Tabahkan hati panjatkan doa
Semoga Allah sentiasa lindungi
Jangan lupa wasiat ibunda
Berakhlak mulia rendahkan diri
Rasa kecewa putus asa
Buangkan jauh dari dirimu
Sedarlah diri wahai perantau
Orang di sana sabar menunggu
Pulangnya dikau membawa pelita
Menyinar terang gelap yang ada
Ikhlaskan diri tanamkan azam
Semoga diri tidak kecundang
Tuntutlah ilmu penuh beradab
Hormatlah guru muliakan ilmu...
~ATK 1996
