Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Wednesday, 24 July 2013
TUHAN...
Aku sengaja menulis nama-Mu Tuhan, di langit resah
dengan mata hatiku yang masih berwarna -
tetapi awan memadamnya
dan kutulis lagi nama-Mu di pantai harapan
tetapi ombak menolaknya hingga jauh ke tengah lautan
jadi aku memilih untuk menulis sahaja nama-Mu di pintu perasaan
biar tiada sesiapa lagi yang boleh melakarkan kesangsian.
~Hasan Baseri Budiman
Villa TNB, Teluk Kemang
14 Jan 2012
