Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Thursday, 29 August 2013
OBOR SEMANGATKU (Sempena Hari Kemerdekaan ke-56)
Ya Allah,
Pasakkan dalam lubuk jiwaku
Semangat juang yang jitu
Yang takkan pudar walau ditelan waktu
Andai sahaja semangat itu
Mampu membakar segala sendu dan pilu
Nyalakanlah obor semangatku
Hingga ke titisan akhir darahku
Agar nanti mereka kan tahu
Tiada lagi semarak rindu yang palsu!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-56 dan Hari Malaysia ke-50...
~Kalimah Cinta Penyair
29 Ogos 2013
4.57 am
Hak Cipta Terpelihara
Thursday, 22 August 2013
RINDU KEMERDEKAAN
Dari jauh kutitipkan
Ucapan hari jadi
Buat dirimu tanah airku
Yang membebaskan
Aku dari ikatan silam.
Dari jauh kukirimkan
Bahasa rindu kemerdekaan
Buat dirimu tanah airku
Dalam sampul angina
Semoga kau bahagia
Dan tenteram
Diiringi muzik harmoni
Dan semarak bunga api.
~Lim Kim Hui
Ogos 2001
Sumber : Kembara Fikir di Tanah Senja
Monday, 12 August 2013
SEDIKIT CATATAN TENTANG BEBAS DAN MERDEKA (Untuk Adik-Adik)
Suatu hari adik bertanya
apakah erti 'kebebasan'
lalu kubuka kamus
kubeberkan pengertian
bahawa 'bebas' itu
bilamana tak terhalang
tidak juga terkongkong
apalagi terkurung,
seseorang itu bebas
bilamana ia lepas
dan merdeka
lalu adik bertanya lagi
apa itu 'merdeka'
kubuka lagi kamus,
merdeka itu-
bebas dari penjajahan
atau kurungan
atau naungan,
ia juga beerti
lepas dan berdiri
tidak mengharap yang lain
tapi adik semakin keliru
dan meminta contoh,
lalu kubacakan beberapa puisi
tentang bebas dan merdeka
Adikku
'bebas' itu 'merdeka'
dan berdiri sendiri
tapi adik semakin keliru
adik tak mungkin faham
kerana ia
merdeka pada nama
bukan pada rasa...
~Zaiton Ajamain
Kota Kinabalu, 1983
Sumber: Buku 'Bagai Layang-layang'
Friday, 9 August 2013
KEPULANGAN...
Aku akan kembali
Kepada mereka yang kukasihi
Ingin kuhapuskan kisah duka
Perselisihan antara kita
Kampung halaman mengimbau rasa
Kepalang rinduku pada keluarga
Ayah tersayang ibu tercinta
Ku pohon ampun dan maaf di hari mulia...
Salam Aidilfitri 2013
Maaf Zahir dan Batin
Subscribe to:
Posts (Atom)



