Friday, 23 December 2016

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Ehsan Google












Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang aku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara aku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang aku sakiti hatimu
Apabila aku tolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang itu tidak benar
Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya aku beritahumu
Betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku
Kau pelindungku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini
Maafkan aku wahai suami!

Petikan daripada:
Buku "Cinta Kerana Allah"
Pahrol Mohamad Juoi



Wednesday, 7 December 2016

DEDIKASI BUAT

DEDIKASI BUAT
Ehsan Google


Cik Abang Sayang,
Dr. Farhan Hadi bin Haji Mohd Taib,
Cintamu membelaiku saat susah dan senang,
Cintamu membuatku terasa menjadi
Isteri paling dihargai di dunia ini,
Sasteraku mengukir keindahan cintamu
Sebagai saksi di depan Yang Satu.
Cinta ini lebih berwarna,
Apabila kita saling meyakini,
Cinta pada Pencipta
Tetap lebih utama,
Biar sedalam mana cinta kita berdua.

Setulus kasih buatmu,
Bidadari kecilku anugerah cinta,
Al-Haura' Maqsurah bt Farhan Hadi,
Al-Qaasirah Thorfina bt Farhan Hadi,
(dan adik-adiknya yang bakal menyusul, Insya-Allah;)
Hadirlah untuk menegakkan agama,
Doamu kudamba di alam sana.

Insan-insan bermakna dalam hidupku,
Ma abah ( Ajil),
Mama Abah (Kuala Krai),
Keluarga, datuk nenek, ipar duai, sanak saudara,
Para Murobbi, Murobbiah (istimewa Kak Ina dan Mak Cik Liza),
Teman-teman, 
Kenalan dan semua pembaca,
Sokongan,doa dan nasihat kalian
Sungguh membina.

Dedikasiku jua buat
Seluruh insan di dunia,
Tiada yang lebih memahami kita
Melainkan
Allah Azza Wajalla,
Fahamilah ajaran-Nya, nescaya kita akan ketemu bahagia.


Fatimah Syarha Mohd Noordin
Sebarkan CInta-Mu

Tuesday, 6 December 2016

RABIATUL ADAWIYAH

RABIATUL ADAWIYAH
Ehsan Google











Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya untuk-Nya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik lalu dijual sebagai hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah jua lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir benar menjemputnya pergi, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.


Dipetik daripada : Buku "Srikandi-Srikandi Yang Benar".
Penulis : Zahiruddin Zabidi.

Saturday, 3 December 2016

ANTARA KEJUJURAN DAN KESETIAAN

ANTARA KEJUJURAN DAN KESETIAAN
Ehsan Google












Andai kau diberi pilihan
Antara kejujuran dan kesetiaan
Yang manakah lebih kau utamakan
Dalam menjalinkan hubungan
Antara dua insan…

Mungkinkah kejujuran menjadi idaman
Lantas kesetiaan diabaikan
Bila tiada lagi bibit-bibit percintaan
Yang selama ini menjadi penyatuan
Dalam hati dua insan
Yang saling berkasihan
Saat itu kejujuran menjadi pilihan
Meluah rasa yang dipendam
Bila sayang ucapkan sayang
Jika benci lafazkan kebencian
Lalu apa lagi mampu dilakukan
Jalan terbaik mungkin perpisahan…

Tetapi andai kesetiaanmu
Menjadi sesuatu yang sangat perlu
Untuk membina benteng yang jitu
Bagi melindungi cinta yang satu
Katakan saja padaku
Bahawa kau mencintaiku
Dengan sepenuh jiwa ragamu
Walau seluruh dunia memusuhimu
Anggaplah sahaja semua itu
Satu pengorbanan yang perlu
Kerana antara kau dan aku
Sudah ditakdirkan bersatu…

Karya:
Zarina bt Sitiris
Disember 2016
Hakcipta Terpelihara

Friday, 2 December 2016

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

WAKTU MUSTAJAB BERDOA
Ehsan Google


.









MARI KITA TELITI SENARAI WAKTU MUSTAJAB BERDOA SEPERTI DI BAWAH:


*WAKTU PAGI SEBELUM TERBIT MATAHARI, IAITU SELEPAS SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SUBUH.

*SETIAP LEPAS SOLAT FARDHU.

*DI ANTARA ZUHUR DAN ASAR. JUGA DI ANTARA ASAR DAN MAGHRIB.

*WAKTU DI ANTARA AZAN DAN IQAMAT.

*KETIKA BANGUN TIDUR.

*SEMASA SOLAT, IAITU SEBELUM SALAM (SELEPAS MEMBACA TASYAHUD AKHIR).

*KETIKA HENDAK MASUK DAN KELUAR MASJID.

*PADA MASA TAKBIR SOLAT HARI RAYA (SELA MASA DI ANTARA TAKBIR SEMASA SOLAT).

*WAKTU DI ANTARA DUA KHUTBAH (KHUTBAH JUMAAT DAN KHUTBAH HARI RAYA).

*WAKTU MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAW DI MASJID MADINAH.

*WAKTU MELAKUKAN URUSAN PENTING.

*WAKTU MEMBACA DOA QUNUT PADA SOLAT SUBUH.

*PADA MASA MENGADAKAN MAJLIS DAN UPACARA (YANG BUKAN BERBENTUK MAKSIAT).

*WAKTU DITIMPA KESULITAN, KECEWA DAN HATI TIDAK TENTERAM.

*WAKTU BERTEMU KEMBALI DENGAN SANAK-SAUDARA ATAU SAHABAT YANG LAMA TERPISAH.

*WAKTU HUJAN TURUN.

*WAKTU HENDAK MEMULAKAN SOLAT DAN SETEKAH SELESAI SOLAT.

*WAKTU SELESAI KHATAM 30 JUZ AL-QURAN ATAU SELESAI MEMBACA MANA-MANA AYAT AL-QURAN.

*SEWAKTU SUJUD.


DIPETIK DARIPADA BUKU "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI".
PENULIS FATHURI SALEHUDDIN.

Thursday, 1 December 2016

JIKA TIADA.....

JIKA TIADA.....
Ehsan Google











JIKA TIADA REZEKI JODOH
MUNGKIN DIBERIKAN REZEKI
UMUR IBUBAPA YANG PANJANG
MAKA KITA LEBIH BAHAGIA
DAPAT BERBAKTI SEPENUHNYA KEPADA ORANG TUA

JIKA TIADA REZEKI HARI INI
MUNGKIN ADA REZEKI
YANG LEBIH BAIK PADA ESOK HARI
REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

BERSABAR, BERSYUKUR, BERUSAHA
BERDOA, BERTAWAKAL
HANYA DIA ALLAH YANG MAHA ADIL