Sunday, 2 October 2016

LAGENDA

LAGENDA
Ehsan Google














Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama
Takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu-satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau LAGENDA...

Seni Lagu : Fauzi Marzuki
Seni Kata : Habsah Hassan
Vokal : Sheila Majid