Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Tuesday, 26 February 2013
TANGISAN
Dari tangisan itu
biar kupungut air matamu
tanda simpatiku
yang dewasa dalam penderitaan.
Dan air mata itu
akan kusimpan
dalam telaga mataku
jernihnya kujadikan ubat
manisnya kujadikan azimat
keruhnya kujadikan dakwat
untuk kutulis resah terhayat
hingga berkitab sejarah terpahat.
~Shaari A.B
Sumber: Buku Kumpulan Puisi 'Renung'
