Tuesday, 19 February 2013

BURUH BINAAN











kerana tidak tahu
banyak orang bertanya
apa kerjanya pemuda itu?

pagi jam enam
dia berjalan lembut dan lesu
pakaian simple
dari kain jenis murah
tidak tampan seperti kamu

kerana tidak tahu
ramai orang bertanya
apa baiknya pemuda itu?

tidak punya kedudukan
wang dan kereta
selalu saja ketinggalan bas

maka menjawablah aku:
"pemuda itu ialah kekasihku
buruh binaan yang setia
tidak pandai menerima rasuah!"


~Zahari Hasib
  Sumber: Buku 'Debu Di Kaca'