![]() | |
| Ehsan Google |
Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya untuk-Nya.
Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik lalu dijual sebagai hamba.
Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah jua lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir benar menjemputnya pergi, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.
Dipetik daripada : Buku "Srikandi-Srikandi Yang Benar".
Penulis : Zahiruddin Zabidi.
