![]() |
| Ehsan Google |
Andai
kau diberi pilihan
Antara
kejujuran dan kesetiaan
Yang
manakah lebih kau utamakan
Dalam
menjalinkan hubungan
Antara
dua insan…
Mungkinkah
kejujuran menjadi idaman
Lantas
kesetiaan diabaikan
Bila
tiada lagi bibit-bibit percintaan
Yang
selama ini menjadi penyatuan
Dalam
hati dua insan
Yang
saling berkasihan
Saat
itu kejujuran menjadi pilihan
Meluah
rasa yang dipendam
Bila
sayang ucapkan sayang
Jika
benci lafazkan kebencian
Lalu
apa lagi mampu dilakukan
Jalan
terbaik mungkin perpisahan…
Tetapi
andai kesetiaanmu
Menjadi
sesuatu yang sangat perlu
Untuk
membina benteng yang jitu
Bagi
melindungi cinta yang satu
Katakan
saja padaku
Bahawa
kau mencintaiku
Dengan
sepenuh jiwa ragamu
Walau
seluruh dunia memusuhimu
Anggaplah
sahaja semua itu
Satu
pengorbanan yang perlu
Kerana
antara kau dan aku
Sudah
ditakdirkan bersatu…
Karya:
Zarina bt Sitiris
Disember 2016
Hakcipta Terpelihara
