(SMART EATING)
![]() |
| Ehsan Google |
90. Ramai orang mengamalkan diet yang tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan hingga kekurangan khasiat yang perlu. Pada masa yang sama, nutrien lain pula diambil dalam kuantiti yang berlebihan, Ini menimbulkan masalah kesihatan. Aturlah pemakanan saudara seperti yang berikut:
1. Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.
2. Makan tengah hari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Makan malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan.
93. Antioksida dalam strawberi dapat mengurangkan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebasialah unpair electrone yang sering merosakkan sel, dapat menyebabkan penyakit degeneratif seperti arthritis, kencing manis, pelemakan hati dan juga barah.
96. Menjadi idaman bagi setiap muslim beroleh nikmat panjang umur dan kesihatan dalam ketaatan kepada Allah. Apabila itu yang saudara inginkan, amalkanlah petua dari Balkan ini. Setiap hari minum segelas yogurt yang dicampurkan dengan jus strawberi. Yogurt ialah susu masam yang bebas lemak, berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bakteria probiotikserta dos kalsium yang tinggi. Strawberi pula mengandungi kadar antioksida yang tinggi malah lebih tinggi daripada anggur. Dengan meminum campuran yogurt dan jus strawberi sebelum bersarapan setiap hari, badan menjadi sihat dan umur yang panjang dapat dicapai, Insya Allah.
108. Sebelum menjamah hidangan utama, kita disarankan nabi supaya memakan buah pic. Dalam perubatan tradisional Islami, pic pelawas yang baik kerana sifatnya yang sejuk menenangkan perut. Sebaik-baiknya, ia dimakan bersama makanan yang bersifat panas. Apabila pic sukar diperoleh, ia dapat digantikan dengan pear ataupun tembikai.
117. Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu, pisang mengandungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100 gram pisang mengandungi 400 miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.
Dipetik daripada buku '365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH'
Karya Dr. Mohammad Ali Toha
PTS Millennia Sdn.Bhd.
