Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Monday, 13 August 2012
TITIPAN KHAS BUATMU
Dalam keheningan Ramadhan nan mulia
Dan kesyahduan Syawal nan menggamit
Nostalgia semalam bermain kembali
Bersama ayah, ibu dan teman-teman
Yang lantas menginsafkan diri ini
Tentang sebuah perjuangan yang pernah
Kualpakan suatu masa dahulu
Ya Allah...semoga ukhuwwah yang terbina
Kekal mewangi dan kian menyulami
Keheningan Aidilfitri nanti...
Biarpun tiada istilah kepulangan
Buat masa sesingkat ini
Untuk melepaskan rindu yang terpendam
Lantaran itu kupohonkan
Restumu ayah dan ibu
Untuk meneruskan permukiman di sini
Kerana kepingin menunaikan janji
Yang pernah kubisikkan padamu dulu...
Kesyahduan Syawal kian menggamit
Namun anakmu ini akan pulang jua
Suatu masa nanti
Kepulangan yang akan membunggarkan
Janji indah dahulu
Kepulangan yang akan mengubah seluruh hidup kita
Kepulangan yang kutatang bersama
Kuntuman amanah dan hadiah
Untuk kupersembahkan buatmu
Ayah dan ibu...
~ATF
Feb '96
