Assalamualaikum dan salam sejahtera... Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Tuesday, 28 August 2012
HANYA KATA-KATA... (Sempena Hari Merdeka 2012)
Kesilapan yang pernah dilakukan semalam
Berupa tuturkata mahupun perbuatan
Tidak dapat lagi dielakkan
Sukar untuk dilupakan
Bagus andai kita kesalkan
Jangan sekali-kali diulangi
Pada hari ini ataupun hari yang mendatang
Tapi apakan daya
Sejarah itu akan tetap berulang
Dengan sendirinya pada masa hadapan...
~Jangan malu akan kelemahan
Jangan takut akan kegagalan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...
