Sunday, 20 May 2012

BOLEHKAH KITA MULA BERCINTA?
















Adakah kamu tahu
Saya tetap ingat
Senyuman kamu yang suci itu
Menyebabkan saya tersenyum sendiri
Mungkin juga
Rindu saya terhadap kamu
Lagi mendalam
Kerana saya asyik
Terlihat-lihat bayang kamu...

Percintaan amat asing bagi saya
Saya juga tidak pernah mencintai sesiapa
Jadi saya cuba menghapus diri kamu
Yang kian menakluki hati saya
Bolehkah saya mencintai kamu?
Bolehkah kita mula bercinta?

Hati yang penuh dengan luka
Mungkin akan menyebabkan
Kamu menangis sendiri
Sebenarnya...
Saya tidak tahu bagaimana
Cara yang terbaik
Untuk melafazkan cinta
Saya juga tidak tahu bagaimana
Kaedah yang terbaik
Untuk mengasihi kamu

Cuma...
Apa yang saya tahu
Hati ini milik kamu
Tapi...
Saya tidak berani melindungi kamu
Adakah kamu masih sudi mencintai saya?

Sesungguhnya...
Saya sudah terbiasa melihat senyuman kamu
Ia membuka pagi hidup saya
Saya juga berharap agar
Saya wujud dalam kehidupan kamu
Hari demi hari
Saya semakin mengharapkannya

Tetapi...
Adakalanya saya berasa
Kamu nampak orang lain
Dalam mata kamu
Justeru...
Saya berasa kecewa
Seolah-olah berada di jalan buntu
Bolehkah saya mula mencintai kamu?
Bolehkah kita mula bercinta?