Sunday, 22 January 2012

Kata Ustat

Kata Ustat,
kita ini semuanya sama
tiada beza yang tua mahupun yang muda
jangan menyombong atau takbur sesama manusia
sekalipun kita berpangkat atau berilmu
kerana di sisi Allah
kita semuanya sama

Kata Ustat,
jangan kita hina orang yang lemah
yang kurang berada
mahupun yang kurang paras rupa
tiada beza yang mengerjakan sawah
mahupun yang membina perumahan mewah
kerana di sisi Allah
kita semuanya sama

Kata Ustat lagi,
jangan kita hina
budak keciil yang comot lagi berhingus
kerana dia tiada dosa
sedangkan kita
setiap waktu dan ketika
memenuhkan hati-hati kita
dengan titik-titik noda
dalam tidur
dalam jaga


Asparagus
1997