Saya nampak kamu masuk
Melalui pandangan pertama saya sudah mengetahui
Kamu adalah orang yang saya cari selama ini
Lalu kamu mula mendekati ke arah saya secara perlahan-lahan
Sambil menundukkan kepalamu
Namun wajah yang saya lihat
Adalah begitu cantik dan mempesona...
Pun demikian
Saya tidak pula berasa ganjil dengan segala yang sedang berlaku
Hanya merasakan denyutan hati saya yang semakin cepat
Mungkinkah kerana kamu telah memenuhi ruang hati saya
Sebentar lagi saya akan berbicara dengan kamu secara berhati-hati
Saya akan memberitahu kamu dengan berani bahawa
Bolehkah saya cintai kamu sejak hari ini?
Kerana pada kali ini saya mempunyai perasaan yang begitu jelas
Saya tak mahu melepaskannya
Rupa-rupanya cinta telah mengetuk pintu hati saya
Dan saya akan cuba memberi segala yang terbaik kepada kamu...
Sesungguhnya sekiranya kamu tahu
Betapa banyak perpisahan, betapa kerap tangisan
Saya pernah mengalaminya
Jadi sampailah hari ini
Baru saya menjumpai kamu
Bolehkah saya jatuh cinta
Pada gadis di hadapan saya ini?
Saya bertanya kepada kamu dengan hati yang ikhlas
Saya ingin memberi kamu segala yang baik
Bolehkah saya jatuh cinta pada kamu?