Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Blog ini cuba menghimpunkan koleksi puisi/sajak/mutiara kata/kata-kata hikmah/artikel yang dikumpulkan lewat pembacaan saya menerusi buku/majalah/akhbar dll. BUKAN semua yang tersiar adalah karya pemilik blog. Justeru kandungan blog ini hanyalah refleksi minat saya yang mendalam terhadap bahasa dan kesusasteraan. Terima kasih kepada semua pengkarya dan medium yang terlibat. All rights reserved to their respective owners.
Monday, 26 March 2012
MAAFKAN AKU...
Matamu dalam mataku
Sketsa lalu
Hadir dalam ngilu
Tetapi di sini
Ada tembok yang menghalang
Ada pagar yang merintang
LALU...
Maafkan aku
Tidak menyapa tika bersua
Lidah seakan kelu
Ditusuk luka...